Assalamualaikum semua ! harini +Haziq Sumagi ingin berkongsi pengalaman mengenai form 6 ni laaa...pertama sekali memang saya tidak ada idea pun mengenai form 6, sebab masa itu saya masih ada kerja sambilan, tapi lepas ada panggilan tu , abah saya terus daftarkan saya untuk menyambung pembelajaran di tingkatan enam ini. Alhamdulillah seronok serta sistem modular yang diperkenalkan ini cukup bagus sangat bagi kami yang di tingakatan enam ini.
Apakah itu sistem modular?

Sistem modular adalah sama dengan sistem di universiti yang membabitkan tiga semester.
Menerusi sistem modular, pelajar hanya menumpukan kepada modul semester berkenaan berbanding sistem penggal, pelajar terpaksa mengulang kaji pelajaran dari Tingkatan Enam Bawah hingga Tingkatan Enam Atas.
Kaedah taksiran modular akan mengambil kira empat komponen iaitu penilaian berasaskan kurikulum dengan amalan peperiksaan biasa, projek sekolah, kerja amali dan ujian berasaskan sistem peperiksaan ‘open book’.
Dalam sistem modular, 20 hingga 30 peratus keputusan STPM diperolehi dari tugasan kursus atau projek dan penilaian lain selain kerja amali manakala 70 hingga 80 peratus bergantung kepada peperiksaan akhir pengajian.
Peperiksaan akhir tahun masih perlu dalam STPM untuk menentukan tahap keupayaan pelajar apabila memohon ke universiti.
Walaupun sistem itu hanya dilaksanakan menjelang 2011, pelbagai pihak memberi pandangan pro dan kontra.
Setiausaha Agung, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng, berkata pihaknya menyokong sistem modular menggantikan sistem terminal.
Beliau berkata, pembelajaran di tingkatan enam ibarat tadika sebelum masuk darjah satu dan ia perlu disesuaikan dengan suasana persekolahan supaya mereka tidak panik.
“Jika dilihat pembelajaran di tingkatan enam sekarang, ia sangat terikat sistem persekolahan biasa.
“Kita mahu pelajar tingkatan enam menuntut dalam persekitaran universiti sebenar kerana ia persediaan awal sebelum melangkah ke IPT.
“Dengan sistem modular, kita dapat membezakan pembelajaran di tingkatan enam dan sekolah menengah walaupun di kawasan yang sama,” katanya.
Katanya, secara tidak langsung, sistem itu mengangkat martabat tingkatan enam dan lagi dianggap pilihan terakhir melanjutkan pelajaran.
“Kita sedia maklum, ada sesetengah pelajar melanjutkan pelajaran di tingkatan enam kerana gagal memperoleh tawaran dari IPT atau matrikulasi.
“Justeru, mereka menganggap tingkatan enam tempat terakhir menyambung pelajaran,” katanya.
Beliau percaya sistem baru ini akan membuka minda pelajar tingkatan enam keluar dari kepompong pelajar sekolah dan lebih setaraf dengan rakan-rakan mereka di IPT.
“Sistem ini akan membantu pelajar untuk berfikir jauh dan tidak terikat dengan pemikiran pelajar sekolah,” katanya.
Baca di: http://eputra.com/tingkatan-6-akan-guna-sistem-modular/#ixzz4MYb2NLei
Under Creative Commons License: Attribution
Selamat menduduki peperiksaan yang bakal dihadapi oleh calon-calon yang menduduki peperiksaan penggal 1 dan penggal 3 ! Good luck ! :)
No comments:
Post a Comment
feel free to share your opinion?